TSA vs urut
Apakah perbezaan antara TSA dan urutan?
TSA bukan urutan, ia hanyalah tekanan pada point dalam tubuh bukan urutan biasa. Walaupun secara teknikalnya hampir kepada urutan akupressure.
Kelebihan TSA berbanding urut biasa adalah:
- TSA hanya tekan beberapa point di badan, majoritinya atas tulang belakang.
- TSA tidak memerlukan minyak untuk terapi.
- TSA boleh dilakukan dengan berlapik kain. Maksudnya pesakit tak perlu pun buka baju
- TSA adalah terapi bersifat holistik, bukan tertumpu kepada tempat sakit sahaja. Maksudnya TSA dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan otot, urat, penyakit dalam badan, limfatik dan lain-lain. Fokus utama TSA adalah melancarkan aliran bioenergi tubuh pesakit.
- Maksimum ulangan pada satu tempat/bahagian badan yang dikenakan tekanan hanya 2 kali. TSA tak akan berkesan jika ulangan tekanan pada tempat sama lebih dari dua kali. Setiap bahagian/point tekanan biasanya hanya ditekan sekali sahaja bagi setiap sesi.
- Teknik TSA ringkas sahaja, tapi kesannya menakjubkan. Kena cuba baru tahu.
Comments
Post a Comment